Sep 9, 2019

Cuti Merdeka, Muharram dan Keputeraan YDP Agung

Salam Tahun Baru (Muharram), Salam Merdeka yang ke 62 Tahun, Salam Keputeraan YDP Agung...

Bulan september ni ada 3x cuti hari isnin.. enjoy yer.. tapi tak enjoy ke mana. Lebih kepada meraikan saudara2 yang mendirikan rumahtangga. Setiap minggu ada kenduri.

Sepupu Mak Iti yang kawin. Sungai Yu, Tanjung Karang Selangor
Cucu arwah Pak ngah Rahim, Kg. Batu Muda Kuala Lumpur
Cucu arwah Tokcu Lijah, Tanjung Karang
Story ni secara umum je.. tidaklah mengikut susunan tarikh 😁 maklum ler sesuka

Selalunya bila kita hadir kenduri macam ni modalnya lebih kepada memenuhi tuntutan yang wajib nawaitu untuk berjumpa dengan sedara mara. Ayah paling pantang kalau sedara jemput kenduri kita tak pergi tanpa alasan. Bagi ayah silaturahim jangan putus. Susur galur keluarga wajib ambil tahu. Yang ni aku sokong🙋‍♀️ ia salah satu tuntutan agama.

Biar nampak macam takde hasil sebenarnya banyak faedah. Bila kita selalu tunjuk muka walau susah senang sedara kita tu ingatlah nama dan raut wajah kita dah save dalam minda sedara tu. Mana tahu diakhirat esuk ada yang minta tolong kita kenal wajah2 yang mungkin kita boleh bantu asbab darah daging sendiri. Sedara seagama.


Sep 5, 2019

Nur Ameera

Assalammualaikum sayang ude

Adeh.. berdebor jantung ude dapat pic adik dari mama tadi. Anak buah sorang ni sangat berani dan tak takut jatuh. Kalau jatuh dia nangis jela kan apa susah. Hish! Hari2 ude yang berlalu ada memory adik yang semakin membesar dan bijaksana. Semuga adik menjadi anak yang solehah dari didikan mama dan abah. Ude sayang meera.

Tengok tahap keberanian dia

Percaya.. umur baru 1 tahun 11 bulan dik. Bijak meniru gaya dan kata.

Yang ni masa meera baru beberapa bulan

Cuti Merdeka, Muharram dan Keputeraan YDP Agung

Salam Tahun Baru (Muharram), Salam Merdeka yang ke 62 Tahun, Salam Keputeraan YDP Agung... Bulan september ni ada 3x cuti hari isnin...