Dec 13, 2011

Anak Sedaraku yang Cute!

Nama baby yang cute ni Aisyah Afifah binti Muhammad Ikram bin Umar. Anakanda kepada kekandaku yang ke-2. Merupakan cucunda ke-3 dalam keluarga Puan Nomi dan Encik Umar. Geram aku tengok budak comel ni! Lahir 6hb September 2011, berat lahir 2.38kg. . kalau tak silap la. . hehe. sepanjang tempoh umi dia berpantang, elok jer senyap, minum susu terus tidur. Kadang-kadang umi kena bangunkan untuk minum susu, tapi... baru-baru ni dalam minggu lepas la.. .aisyah ni duk menangis jer. menyusu sampai muntah kenyang sangat, tapi tetap nangis. Pastu wan pun bercakap la dengan aisyah "kenapa cucu wan ni..susu dah tidur dah main pun dah sampai letih mak-mak sedara dibuatnya..erm nak makan ker?" Aisyah pun berbunyi.."hurmm..." tergelak wan ngan umi. . . Abi balik je kerja umi terus minta belikan nestum. Esoknya umi cerita pada wan "kenyang dapat makan terus tidur tak bangun-bangun.." buka mata kejap jer pastu tidur balik...hahaha. memang comel budak yang bernama Aisyah ni.. baru berapa bulan dah makan nestum. Susu umi tak cukup  yer! hehe. Nak cakap comel macam mak uda tapi muka tak macam, aduyai. . takpe nanti dah besar tu adalah iras-iras. . . 

Dec 6, 2011

KENANGAN DI KOTA KINABALU, SABAH

27 November 2011, Hari ke-3 berpijak di bumi KK. Terima kasih Pakcik Ismail yang membawa kami jalan-jalan di bandar KK ni! Mula-mula semua fokus perancangan dari Tuaran kami akan terus ke Gaya Center. Disebabkan Pak Mail yang baik hati, kami dibawa berjalan-jalan ke Menara Tun Mustafa, Bukit Bendera dan Tamu. Wahhh!! memang seronok...lebih-lebih lagi Tamu yang menjual banyak sangat barang termasuk haiwan untuk dibeli. Semenanjung panggil Pasar...kat sini Tamu. Emm..belajar banyak bahasa yang baru kat sini, tapi sampai KL ingat-ingat lupa dah.hehehe

Dihadapan Menara Tun Mustafa

Walaupun baru kenal Pakcik Mail, disebabkan keramahan dia banyak gak la gambar dapat tangkap..;-)

Aku dan ...
C. Fathy dan ...
Fuzah dan ...
Pandai fuzah amik gambarkan..hehehehe

Cuti Merdeka, Muharram dan Keputeraan YDP Agung

Salam Tahun Baru (Muharram), Salam Merdeka yang ke 62 Tahun, Salam Keputeraan YDP Agung... Bulan september ni ada 3x cuti hari isnin...