Sep 9, 2019

Cuti Merdeka, Muharram dan Keputeraan YDP Agung

Salam Tahun Baru (Muharram), Salam Merdeka yang ke 62 Tahun, Salam Keputeraan YDP Agung...

Bulan september ni ada 3x cuti hari isnin.. enjoy yer.. tapi tak enjoy ke mana. Lebih kepada meraikan saudara2 yang mendirikan rumahtangga. Setiap minggu ada kenduri.

Sepupu Mak Iti yang kawin. Sungai Yu, Tanjung Karang Selangor
Cucu arwah Pak ngah Rahim, Kg. Batu Muda Kuala Lumpur
Cucu arwah Tokcu Lijah, Tanjung Karang
Story ni secara umum je.. tidaklah mengikut susunan tarikh 😁 maklum ler sesuka

Selalunya bila kita hadir kenduri macam ni modalnya lebih kepada memenuhi tuntutan yang wajib nawaitu untuk berjumpa dengan sedara mara. Ayah paling pantang kalau sedara jemput kenduri kita tak pergi tanpa alasan. Bagi ayah silaturahim jangan putus. Susur galur keluarga wajib ambil tahu. Yang ni aku sokong🙋‍♀️ ia salah satu tuntutan agama.

Biar nampak macam takde hasil sebenarnya banyak faedah. Bila kita selalu tunjuk muka walau susah senang sedara kita tu ingatlah nama dan raut wajah kita dah save dalam minda sedara tu. Mana tahu diakhirat esuk ada yang minta tolong kita kenal wajah2 yang mungkin kita boleh bantu asbab darah daging sendiri. Sedara seagama.


Sep 5, 2019

Nur Ameera

Assalammualaikum sayang ude

Adeh.. berdebor jantung ude dapat pic adik dari mama tadi. Anak buah sorang ni sangat berani dan tak takut jatuh. Kalau jatuh dia nangis jela kan apa susah. Hish! Hari2 ude yang berlalu ada memory adik yang semakin membesar dan bijaksana. Semuga adik menjadi anak yang solehah dari didikan mama dan abah. Ude sayang meera.

Tengok tahap keberanian dia

Percaya.. umur baru 1 tahun 11 bulan dik. Bijak meniru gaya dan kata.

Yang ni masa meera baru beberapa bulan

Mar 31, 2017

Cahaya Mata Keluarga

Kali ni aku saja je nak pamerkan gambar2 anak2 sedara yang telah bijak membuat aku selalu ketawa.. maklumlah mak uda ni xde anak lagi, korang la penghibur mak uda. hehe.
Yang ni kakak ika, dalam family besar sebelah ayah dia kitorang memang panggil dia kakak ataupun ika..aku suka panggil kakak biar dia faham suatu hari tanggungjawab seorang kakak...hehe.
Nurul Wafiqah Mohamad Helmi
Alahai anak sedara ku yang paling cun ni!! pantang nampak kamera terus tersenyum... Nurul Wafiqa ni anak along (abang yg 1st).. lahir pada 02 Oktober 2007. Mula2 ika lahir mmg teruja sangat atok & wan sbb cucu sulong lagi lak perempuan.. mmg gembira sangat.. sekarang da 10 tahun, kejap jer rasa.. adik pun da ada.. tahun depan dapat adik lagi. Insya-Allah mudah-mudahan besar nanti kakak boleh jaga adik2 tau!... time bergambar ni sbuk jer dia "ude cepat de cepat amik gambar kakak.." ermm.. untungla kecik2 da pandai bergambar..hehe. Ika ni agak kabut sikit, bukan kabut apa dia terburu2 ckit ble berjalan.. kdg sampai tersadung kaki pun still ok lagi. Aku harap satu hari nanti aku dapat bantu dia menjadi seorang yang bijak menggunakan semua kebolehan yang dia ada. Insya-Allah..


Muhammad Wafiq Hazim Mohammad Helmi

Hahaha.. masa kecik kemain senyum ngan
gigi 2 nya. Abg azim dah darjah 2 pun.
Ada 2 adik lagi, nanti ude upload yer.
ni pic masa kecik, nanti kita tengok pic baru  
Aisyah Afifah Muhammad Ikram

Yang tersengih cam kerang bucuk ni anak angah. Dah sekolah tadika pun sekarang, cantik! Mudah2an jadi anak yang solehah yer. "Dengor cakap ude ni!"

 





May 8, 2014

Kenangan tahun 2013 yang best bersama kawan-kawan pejabat.

Dec 13, 2011

Anak Sedaraku yang Cute!

Nama baby yang cute ni Aisyah Afifah binti Muhammad Ikram bin Umar. Anakanda kepada kekandaku yang ke-2. Merupakan cucunda ke-3 dalam keluarga Puan Nomi dan Encik Umar. Geram aku tengok budak comel ni! Lahir 6hb September 2011, berat lahir 2.38kg. . kalau tak silap la. . hehe. sepanjang tempoh umi dia berpantang, elok jer senyap, minum susu terus tidur. Kadang-kadang umi kena bangunkan untuk minum susu, tapi... baru-baru ni dalam minggu lepas la.. .aisyah ni duk menangis jer. menyusu sampai muntah kenyang sangat, tapi tetap nangis. Pastu wan pun bercakap la dengan aisyah "kenapa cucu wan ni..susu dah tidur dah main pun dah sampai letih mak-mak sedara dibuatnya..erm nak makan ker?" Aisyah pun berbunyi.."hurmm..." tergelak wan ngan umi. . . Abi balik je kerja umi terus minta belikan nestum. Esoknya umi cerita pada wan "kenyang dapat makan terus tidur tak bangun-bangun.." buka mata kejap jer pastu tidur balik...hahaha. memang comel budak yang bernama Aisyah ni.. baru berapa bulan dah makan nestum. Susu umi tak cukup  yer! hehe. Nak cakap comel macam mak uda tapi muka tak macam, aduyai. . takpe nanti dah besar tu adalah iras-iras. . . 

Dec 6, 2011

KENANGAN DI KOTA KINABALU, SABAH

27 November 2011, Hari ke-3 berpijak di bumi KK. Terima kasih Pakcik Ismail yang membawa kami jalan-jalan di bandar KK ni! Mula-mula semua fokus perancangan dari Tuaran kami akan terus ke Gaya Center. Disebabkan Pak Mail yang baik hati, kami dibawa berjalan-jalan ke Menara Tun Mustafa, Bukit Bendera dan Tamu. Wahhh!! memang seronok...lebih-lebih lagi Tamu yang menjual banyak sangat barang termasuk haiwan untuk dibeli. Semenanjung panggil Pasar...kat sini Tamu. Emm..belajar banyak bahasa yang baru kat sini, tapi sampai KL ingat-ingat lupa dah.hehehe

Dihadapan Menara Tun Mustafa

Walaupun baru kenal Pakcik Mail, disebabkan keramahan dia banyak gak la gambar dapat tangkap..;-)

Aku dan ...
C. Fathy dan ...
Fuzah dan ...
Pandai fuzah amik gambarkan..hehehehe

Cuti Merdeka, Muharram dan Keputeraan YDP Agung

Salam Tahun Baru (Muharram), Salam Merdeka yang ke 62 Tahun, Salam Keputeraan YDP Agung... Bulan september ni ada 3x cuti hari isnin...